ean de gudgal

ean de gudgal

kawan kawan kite :D

Thursday, December 8, 2011

pasar karat.

jap lagi nak pegi pasar karat kat jb. sape nak ikut? naik kete sniri. gudbye! hehe :)

Wednesday, December 7, 2011

safapefeyangfangrefetifibafahafasafaifinifi?

hello and Assalammualaikum...


hai uolss. tetibe rase bosan untuk hari nih sebab takde cite best. tv di umah telah dikongker pemaisuri so takde chance nak tukar channel. naseb baik ade peneman setia si abg dell tersayang. tadi petang layan cite Tentang Dhia and cite tuh dah sampai klimaks and dah makin seronok. memang setiap hari pukul 7.00p.m. dah terpacak depan tv tunggu cite tuh stat. bila iklan baru berpusu pusu masing masing sibuk solat taknak miss cite tuh punye pasal. bila part Melly lakonan Izreen memang best la sebab dia yang hidupkan cerita tuh. huh? nak suruh aku cerita? alamak sorrylah aku bukan pencerita yang baik untuk mencerita dari awal sampai habis cerita tuh. kalau nak cerita sampai esok belum tentu habis aku mengarang.

anyway, dia atas tuh hanyalah senaman tangan aku je untuk menaip bukanlah seperti tajuk yang dikehendaki. kalau dalam exam nih confirm failed sebab tajuk lain isi perenggan lain. cikgu bace intro je terus bagi 0 markah!!! btw, faham tak tajuk entry nih? sape faham dan boleh translate ke dalam bahasa melayu sila angkat tangan laju laju 80km/j.

safapefeyangfangrefetifibafahafasafaifinifi?

ok. thanks. memang takde yang boleh translate sebab takde yang angat tangan pun. haha. dulu masa kecik kecik mase aku kat primary school, kitorang nih suka buat bende pelik pelik. tapi bukanlah pelik sangat. actually ikut trend la. then ade sekali tuh trend bahasa pelik yang diutarakan oleh sape pun aku tak tahu sebab benda nih kira rare jugak sebab tak ramai tawu time dulu. kira yang hebat hebat jela yang tawu guna n faham. bila guna bahasa tuh tak macam nak cakap kuat kuat pulak kan biar orang dengar macam kagum dan kaget la kononnye berbahas sepanyol sesama sendiri. padahal merosakkan bahasa je. ade sekali tuh budak yang nak dikutuk ade kat sebelah kitorang je tapi dengan selambe je ngumpat dia depan depan guna bahasa tuuh. tak tawu la dia faham ke tak. tapi reaksi dah gayanye sepati tidak mengerti ape yang dibualkan. kalau dia faham pun nasiblah sebab kitorang dulu konon digeruni la lagi lagi pengawas. memang macam haram!

maksud tajuk tuh ialah "sape yang reti bahasa ini?". nih sebenarnye bahasa F. ade jugak yang guna huruf lain m ke, l ke, h ke ikut dorang la tapi F nih kira paling sedap la kalau digabungkan jadi ayat. just tambah suku kate F ikut sebutan huruf depan contohnye

SAYA = SA+FA+YA+FA
TIDAK = TI+FI+DAK+FAK
MAKAN = MA+FA+KAN+FAN
NASI = NA+FA+SI+FI

senang je kan. kalaulah cikgu dulu suruh buat esei 80 patah perkataan mestih dah boleh jejak lebih dari 200 patah perkataan kan? dengan senangnye kite just buat intro je dah siap keje. tapi intro janganlah lari dari tajuk!

ok sekian :)

Selamat Malam dan mimpi indah !

Monday, December 5, 2011

10 Muharam

Hai and Assalammualaikum.

this shall be short entry sajorh so please ppl read this for tomorrow sudden oke. boleh?

i thought today was 10 Muharam but yet not today. it's tomorrow actually. so ppl how about we spend one day for fasting because it's sunnah actually. kalau ade yang terlupa esok 10 Muharam @ Hari Asyura, kalau sempat baca my entry apekata kita meramaikan umat islam berpuasa sunat untuk esok? Many things even happened on 10 Muharam but I forgot what. hehe. sorry... but one that i remembered was Nabi Isa diangkat ke langit.

and actually Jewish also fasting on 10th cuz their belief. so nak membezakan umat Islam dan Jewish, Muslim will make it 2 days (9th&10th or 10th&11th). boleh kann ??

niat simple je "Sahaja aku berpuasa sunat 10 Muharam kerana Allah Taala". Selain berpuasa, kita jugak digalakkan Solat sunat 4 rakaat (2rakaat pertama, selepas membaca Al-fatihah, baca Qulhuwallah 11kali), mandi sunat. tapi niat "sunat 10 Muharam kerana Allah Taala" dan banyak lagi.

more info google je ok. i'm also not so perfect person but just wanna be the perfect one.

JOM BERPUASA!!!

Sunday, December 4, 2011

first time!

Hi and Assalammualaikum...

Semalam my family and I heading to Batu Pahat where my 'atok' and aunty's family stay at. not because we missed them to much la. we did met them last 2 week so takdela rindu sangatt~

Tujuan utama sebab esoknya (kira hari ni la) ade wedding invitation akak ipar punye adik kahwin. kira kitorang kalau orang johor panggil majlis mengundur which bride will bersanding dekat umah family suami. faham faham?? tak faham buat buat faham jelaa.

but before went to the priority one, we jalan jalan first. my mom la sibuk nak cari kain langsir for my big bro punye wedding yang berlangsung pada 2013. awal kan persiapan mak aku? 2012 pun belum masuk lagi. haish~

tengah mak sibuk2 cari langsir so cheq pun merayau sensorang. and paling pandai handphone pun tak bawak. so mencanak my aunt n mom cari. nasib tak report balai dah. tengok2 aku dah withdraw money. sebab aku dah nampak jam yang berkenan di hati. but then naseb baik dorang sempat tarik aku keluar dari kedai jam tuh sebab dorang dah ade kedai jam yang boleh nego price ikut harga family dorang la. macam ade share je kannn??

this is my first time or experience maybe beli jam mahal. sebelum nih pakai jam yang murahan je beli kat lorong lorong. nih dah keje nak merasa pakai jam mahal sikit. ehem ehem. takdela sampai riban riban kan. manela mampu.

hehe. nak tengok jam. kasi secret dulu. sebab next week akan dipakai secara officialnye. esok keje pun taknak pakai dulu. dinner company next week baru rasmikan. kiki. just mention brand "Claudia". tuh je yang boleh cakap. *zip mulut*

Selamat Malam dan Mimpi Indah!

Friday, December 2, 2011

perangai abang.

Hai dan Asalammualaikum.

harini mood aku agak baik sebab bos aku layan aku macam gudgud je sebab mungkin dia dapat bonus sebulan awal. kot? haha. wateva la. sebab itu bukanlah topik yang ingin dibualkan sebab tengok 'title' pun dah tahu.

korang masing masing ade abang kan?? aku ade 3 orang abang yang sememangnye perangai dorang takde pun yang sebijik. sume ade perangai pelik masing masing. tapi yang paling pelik yang no. 3, Hairul iaitu abg aku yang atas aku. dia nih tak tahu la nak kate. nak kate 3/4 cukup sempurna perangai dia. tapi bila orang cakap lain dia buat lain. sampai orang yang orang yang terkena tuh stress dengan perangai abg aku sebab kena marah balik dengan dia. haha. confuse kan? ok sila baca situasi situasi dibawah:

Situasi 1: Daun Palas

Mak: Herul, pegi pasar larkin kan? nanti belikan mak daun palas heh. nak raye nih, mak nak buat ketupat daun palas.
Hairul: ok. berapa banyak nak beli?
Mak: beli la 2 ikat. tawu tak camne daun palas?
Hairul: tawula....

abg aku pun secara ikhlasnye pegi ke pasar larkin dengan 2 lagi cousin aku yang same naik dengan abg aku jugak. dah lah time puasa nak cari daun palas urgh begitu leceh. akhirnye dapat jugak beli daun palas kat kedai cina.

Hairul: nah mak. 2 ikat. sume sekali RM++.
Mak: Ya Allah, nih bukan DAUN PALAS!!! nih DAUN PANDAN. korang nih tak reti nak beza daun pandan ngan daun palas ke?
Hairul: dah tauke kedai tuh tunjuk benda alah nih. orang beli jela
Mak: korang nih betullah! aku nak buat ape dengan 2 rumpun serai nih? punyela banyak. patutla murah je.
Hairul: alah mak nih. orang dah beli dah kira untung la. bising pulak

terus masuk bilik tutup pintu. Stress je mak aku!!!

Situasi 2: Roti Kismis

akak aku, Banon msg abg aku suruh belikan roti bunyinye camnih:

"Herul, tolong belikan aku roti kismis Gardenia ehh dekat 7E dekat tempat keje kau tuh. harganye RM5.00++. balik nanty aku bayar balik"

so abang aku just said "ok" je.

petang tuh akak aku balik keje tengok aang aku dah balik. then terus tanye dia abang aku:

Banon: Herul ade tak roti kismis aku?
Herul: ade kat atas meja makan kau tuh. (akak aku tak tengok lagi)
Banon: berapa ringgit?
Herul: RM++ (<5ringgit)
Banon: (Suspicious) murahnye.

terus pegi dapur tengok roti tuh.

Banon: Mane roti kismis nye?
Herul: tuh kat atas meja la.
Banon: nih roti kosong ngan kismis lego nih ke?
Herul: aah la.
Banon: aku suruh kau beli roti kismis gardenia laaa...
Herul: aku pegi 7E tadi takde.

Sabar jela akak aku ngan abg aku. kot la takde pun yang beli roti ngan kismis asing asing buat ape. musykil betul. sampai sekarang akak aku musykil ngan abg aku.

Situasi 3: Daging lembu

Akak aku msg abg aku
"nanty belikan daging kisar ramly burger taw."

dah sampai kat kilang ramly dia msg akak aku
"anon, kau nak daging kisar ke lembu kisar?"

again. Sabo jela akak aku.

Situasi 4: Lada Merah

Mak: pegi kedai belikan mak Lada Merah setengah kilo. nah duit. kalau kurang nanti bagitawula.
Hairul: takpela kalau kurang guna duit orang je.

balik balik mak tengok memang geleng kepala.

Mak: Kau nih aku suruh beli lada merah la! bukan lada kering!. aku baru je beli lada kering.
Herul: pakai jela lada kering. same je kan.

Tuesday, November 29, 2011

Nasi Lemak Wak Kentut

Assalammualaikum and haiii !!!

doing well?? hope so. today is my first workday for this week due to Awal Muharam falls on Sunday. kira semalam just cuti ganti jela. Yes! it's quiet tough to get up early and work thus expect much fun for today.

Kuharap panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahhari. Nothing is fun instead lots of workload from lady boss. bosan, ngantuk, lapar, penat. After worktime, collegues pull me up to follow them went to gerai wak kentut. i dunno what the history behind the name. don't judge a book by it's cover aite? nama yang tak sedap didengar takpe janji laku. that stall begitu fofular kat kulai nih. but they just sell Nasi Lemak Ayam Goreng ONLY. so ppl if you guys crave chicken or lamb chop, janganla datang ke sini ye. kempunan nanti...

what so weird is this gerai mostly full all the time. patutla orang johor nih gemuk gemuk belaka. aku yang baru 5 bulan duduk kulai nih dah naik 5 kilo. *urgh btw, my weight 2kg additional from before mentioned =.="*

only four of us that joined, zaki, suzie, dek ann, and me. but ayam order for more than four ppl!!! my eyes wide open when zaki mention "ayam 9 eh bang!"

dan dorang telah menyetelkan ayam ayam tersebut dengan jayanye. fulamak! memang mesin kunyah teknologi jepun. berbaloi keje panasonic!

Sunday, November 20, 2011

post-convo.

takde angin takde ribut tetibe title post aku dah "post-convo"

ops.....

hello bloggers and blogwalkers!!!

Assalammualaikumm....

Last October on 16th, was my convo day. just now, my buddies give me copy of post-convo photoshoot which held surround UPM a day after that big day. let's picture do talking:







Only four for now. too lazy for editing and uploading. rajen2 i hapelod lagi..wait haaaa ~

zzzz


Saturday, November 19, 2011

lemak tepu.

Hi Guys!

Well sekarang aku dah menjalani kehidupan yang agak seronok dan senang hati. jangan kate seronok je beronok ronok ronoknye aku keje kat situ. bukanlah sebab boyfie aku ade satu tempat keje ngan aku tapi disebabkan environment sekeliling serta geng office yang memang boleh kawtim. kalau sorang salah masing masing back up jawab depan boss. so no stress la walaupun buat silap. al-maklumlah aku masih lagi dalam learning process. so mistake tuh memang normal.

lagi satu benda dorang nih kalau ade makanan memang bukan jenis sorok makanan. kalau jemput jemput tuh ade 5 keping pun masih lagi panggil satu ofis suruh rase. betapa baiknye la haiiii . aku kalau takat 3 biji karipap memang segan nak bawak keluar sebab takut ade yang kecik aty tak dapat. bila aku dah lame2 kat ofis aku tuh barulah aku tawu perangai dorang. so keje aku bila lapar makan. bila ngantuk makan. bila bosan makan. bila takde keje makan. bila penat makan. dan semestinye bila rehat akan makan.

dekat kilang aku waktu rehat dia ade 3 kali. kul 10, kul 1, kul 4. kul 10 ngan kul 4 tuh rehat kejap je setakat 10-15minit je. so takat takat makan kuih minum panas dah memadai. yang kul 1 tuh lame sikit la 45 minit. so leh spend untuk makan nasi. kalau makan nasi aku tak reti sikit. konpem membukit sebab kul 1 tuh memang mencanak laparnye. lagi-lagi owner cafe tuh makcik aku pulak. memang makan tak pernah bayar. guwa rembat ayam+ikan pun dia tak kasi bayar. so memang guwa terasa bersyukur kat situ. tapi bila aku dah bengan sebab asik taknak amik duit aku je so aku letak je duit kat atas kaunter tuh. taknak la nanty orang kate mentang mentang anak sedara makan pun tak bayar. tak sedap la kan dengar orang cakap camtuh.

yang guwa bengang tahap cipan nih berat badan guwa dah semakin naikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!! walawehhhh, aku mula mula masuk berat aku 45-46kg. sekarang dah masuk 48.3kg (berat terkini tadi aku timbang). kurang dari 2 kilo berat aku 50kg. risau dah sekarang nih. terasa macam taknak makan nasi dah sekarang. pemakanan gula gula serta air vending machine harus dikurangkan dan banyakkan minum air masak! serta sabtu ahad kena berjogging. pencatuan makanan adalah wajib bagi hidup aku sekarang. nak maintain 45-46kg balik, barulah cunetttt!!!

ok guwa dah nak tidooo.selamat malam sume!

Sunday, November 13, 2011

this is tru love

love the way how am i now.

sincere from deep. Alhamdulillah :)








*thanks Him*

isya'?

sebelum tidur.....
































*doodle dakwah*

hilang ??

Assalammualaikum.

Hi guys. sorry dah lama tak muncul. al-kisahnye memang malas nak hapdet dah. rasenye dah sebulan dah tak hapdet since puasa arituh. ade ke hamba Allah yang dah buat report polis atas ketidakmunculan guwa?? harap2 jangan nanti femes sume balai ade gambar guwa. jangan ye jangan.....

disebabkan dah berbulan tak hapdet so begitu banyak benda yang berlaku selama sebulan nih. tapi disebabkan banyak dah semut ditelan, maka memory dalam pale hotak aku nih dah banyak jahanam. so sorry guys no howt story to be told. next time la buddies!!!

anyway, last 2 weeks aku register kelas driving. *baru nak amik. orang laen dah ade kete siap!!!* kelas KPP aku dah attend ahad yang lepas. next move is dah boleh amik ujian komputer. tapi masalah yang begitu serius aku ternian amat malasnye nak baca buku undang2 tuh. leceh betul si pemalas nih. kang tak bace fail pulak ujian nih. tobang tigeplohhengget aku kena repeat test. nak taknak kena bace jugak. yang damnshit nye page 1 tak lepas2 dah seminggu bace. mane nak lepas kalau buku kat tangan, mata kat laptop. memang no attention AT ALL.

dah nekad minggu depan nak pegi test tuh. hope boleh jawab dengan jayanye sebab masa kelas KPP arituh aku asik kena shoot je. *ade ke kena ngena??* nak cepat cepat dapat lesen so boleh fikir kumpul duet beli kete idaman. weeehuuuu. sekarang nih kumpul duet beli henfon pun tak cukup lagi. sedih dakkk ??? takpe dalam hidup aku nih ade henfon pun macam tak wujud je. so pakai 3310 pun aku tak kesah janji boleh call time emergency. haha ~

tadi pegi watson beli barang penjagaan diri *ewah* benda utama nak beli deodorant spray sebab yang ade pun dah tinggal bunyi je. kang ade jugak pegi keje esok masam je office aku. haha. but then tetibe menggatai pegi maybelline punye tempat. then i found bb cream sudah bertukar wajah. wehooo *suke*

sebelum nih bb cream maybelline begini bentuknye. disebabkan kecik so memang cepat abis. muka i nih bukanlah selicin mereka2 yang betuah tuh. berkerutu semacam. so benda alah nih membantu la jugakk. then dia takde pilihan warna. so takde fening2 duduk kat watson sampai tutp nak cari colour cream sesuai dengan muka. hehe :)

kat umah memang ade stock bb cream but aku tak suke sangat yang tuh. brand maybelline jugak tapi aku tak tawu ape beza yang nih dengan yang atas.
same je kan? just lain kat cover je. tak sempat nak check whats the different. main pakai je! tapi aku tak suke this thing cuz colour cream yang aku beli arituh memang gelap gile. selalunye aku beli natural colour dia cun la. tapi yang nih macam tanned jadinye kulit aku sampai ofismate aku pun siap tanye " an apesal makin gelap?"memang menyesal je beli (==").

then tadi belek punye belek2 bbcream yang aku suke tuh takde pulak but then ape yang aku jumpe seperti dibawah:
*taraaaaaaa* bb cream in bottle. takdelah gedabak sangat tapi bolehla bertahan lame sikit. ouh ya! bukan bb cream but bb mousse yang mane dia lebih ringan and gebu. so pakai pun i rase kulit seperti kulit shylla amzah *pulakkk??* aku tak tahu mousse nih camne so tadi aku try picit tester dekat watson tuh the ape yang jadi:

seperti diatas *ops! gadis tuh bukan guwa naaaa* nak tunjuk mousse cream tuh aje. guwa tadi picit jadi gelembung macam kat atas tuh. gelabah gile aku time tuh. hengat aku picit terlebih. ghopenye memang jadi kembang and gebu gitu. kuss semangattt. dia macam buih sabun la gitu. so apply kat muka dia tak la berminyak sangat. harga dia memang gigil gak nak bayar tapi puas hati so tak perlu kata apa-apa *senyum*.

*sume gambar diatas adalah ihsan google semata-mata. harap maklum*

ok tuh aje untuk entry baru selepas sebulan hilang tak hapdet. dah lapar nak makan. tata. Assalammulaikum :)


Thursday, September 29, 2011

Remember !!

Five simple rules to be happy:
#Free your heart from hatred;
#Free your mind from worries;
#Live simply;
#Give more;
#Expect less.

::taken from unknown::

Friday, September 23, 2011

belajar dari kesilapan ~

guwa terasa sangat berdosa dah skunk nih sebab guwa dah miss 2 waktu tadii zuhur and asar . sumpah guwa rasa macam tak tenang jiwa dah sebab memang guwa tadi busy sangat. dari pagi tadi sampai nak balik guwa non-stop buat keje sebab sorang ofismate guwa on-leave tadi . so keje dia di"pass" kat aku. guwa redha jela. tadi guwa memang buat keje refer notebook yang aku belajar ngan dia semalam. so sume yang aku buat tuh memang mati-mati ikut manual yang telah diajarkan. acewahh memang perfect la ! disebabkan berhati hati sangat sampai waktu zuhur pun lupa. betapa lalainya aku sebagai seorang muslim yang memandang remeh terhadap waktu solat. Astargfirullahalazim.

balik tadi dah lewat sebab hari jumaat so balik balik terus layan anak buah aku, kimi sebab mak dah penat layan dia seharian nih. so tukar shift la kiranye. actually, kimi baru baik dari sakit kaki, tangan dan mulut. pernah dengarkan dulu ? wabak nih dulu semacam bahaya la sampai boleh bawak mati tapi Alhamdulillah my bro n his wife detect in early stage so not so bad la. 3 days em' spent time in specialist with quarantine procedure. until yesterday kimi felts better so dia dah boleh balik but kak ipar aku, kak zurin macam was-was lagi nak hantar nursery takut infectious kat infants and kids so mak aku la terpaksa jaga kimi. so tadi aku balik balik layan kimi, again baru sedar dah senja masuk marghrib dah. how bad i am ? 2 waktu ditinggal kerana kelekaan, sememangnye susah untuk manusia nak menetapkan iman didada walaupun pintu taubat sudah dibuka untuk dirinya. mata dah tembel sebelah nih sakitnye aduyaii susah nak cakap ! nih mungkin Allah ingin menguji diri aku so aku redha dengan segala yang telah tertulis. mungkin dengan kesakitan kecil yang diberikan di dunia nih, dapat mengurangkan dosa kecil yang telah dilakukan? yee dakkk ? dosa besar? waallahualam.

btw, mine tomorrow belongs to my girlfriends . excited and eager okee ! nak tido puas puas so esok no mata merah and menguap depan dorang nanty tak syiokk !! will be continued the stories bout us in next entry! tunggguuuuuuuuuu ~~~

Monday, September 12, 2011

thanks everyone !!!!

this week is best ever ! because my boss not surround me during these 3 days cuz hv meeting in S'pore. Thanks Allah ! sebab kalau ade mak bos metih buat keje lebih gelabah dari biasa . hehe . this is what we call freedom dude !

disebabkan raye punye hal, alkisah pun pasal raye la kan . my ofismates last friday datang rumah surely for beraya . they had inform me early so memang paham benar segala perangai mereka yang kuat makan tuh. so i decide to serve them like hari raye meal nasi himpit, kuah kacang, sayur lodeh and rendang ayam . and of course it's not me who done the cook . my best super duper mom la of course . they enjoy the food and my mom berbangga la sebab dipuji melambung lambung sedap makanan deliciousa mamamiaaaa . ok ! rase telan air liur tetibe . then i wierd with Aizuddin, my neighbour in ofis and his wife just eat kuih raye . i thought they full already because we attended 2 openhouse before . dah ajak banyak kali then he said "kejap lagi la" dengan senyum yang agak sinis macam tak sedap hati je . budak lain sume dah bertambah tambah da masing masing mengadap makanan tak gerak gerak dari meja . betul betul melantak la kiranya . then my mom asked me "pinggan cukup tak an?" . LOL now i noe . ish memang saje je nak malukan guwa si judin nih ! kat situ jugak guwa marah judin "ish, takde pinggan bukan nak kasi tau !" . then he replied "takkan aku nak mintak pulak macam tak malu je" . ye tak ye jugakk . ishh . so tadi kat ofis guwa jadi bahan . thanks judinn . lu memang nak kena sembelih ngan guwa !!!

apepun guwa happy ngan diorangg . sporting morting lorting lahhh . mak guwa pun leh layan kepala korang means korang memang ligen (legend) la !!!

Sunday, August 21, 2011

shoppe ~

dah start bekerja guwa rase guwa dah jarang keluar apetah lagi nak shopping shopping nih ! memang jauh sekali . tapi niat tuh masih ade cuma transport je takde so guwa terpaksa menguburkan niat guwa yang duniawi semata mata tuh . tapi sekarang gua dah tak perlu risau sebab gwa masih ade kesempatan bershopping . engkorang tak perlukan transport . ape yang korang perlukan bank online, internet serta pc@laptop . dah ade sume benda tuh ape pun boleh jadi ! tak payah la menghabiskan duit minyak untuk beli baju selai kat KL . kalau yang selai tuh jumpe takpe . nih dahlah tak jumpe siap melecet pulak kaki ! peh guwa dah ade experience malang tuh sebab tuh guwa rase wasting time and energy ! dah banyak kali guwa beli online nih dan setakat nih semua barang memuaskan la . kalau nak beli baju ke seluar ke dah banyak bisnes owner dekat fb tuh . aku rase dah macam jalan TAR pun ade jugak fb skunk . so korang usahlah khuatir nak shopping online lagi dah . jangan sampai tertipu sudah !

Saturday, August 20, 2011

DO AND DON'TS !

-TAKEN FROM FORWARDED EMAIL-



The problems with GUYS:

If u TREAT him nicely, he says u are IN LOVE with him;
If u DON'T, he says u are PROUD...

If u DRESS nicely, he says u are trying to LURE him;
If u DON'T, he says u are from VILLAGE...

If u ARGUE with him, he says u are STUBBORN;
If u keep QUIET, he says u have no BRAINS...

If u are SMARTER than him, he'll lose FACE;
If he's SMARTER than u, he is GREAT...

If u DON'T love him, he tries to POSSESS u;
If u LOVE him, he will try to LEAVE u...(very true huh?)

If u DON'T make love with him, he says u don't LOVE him;
If u DO!! he says u are CHEAP...

If u tell him your PROBLEM, he says u are TROUBLESOME;
If u DON'T, he says that u don't TRUST him...

If u SCOLD him, u are like a NANNY to him;
If he SCOLDS u, it is because he CARES for u...

If u BREAK your PROMISE, u cannot be TRUSTED;
If he BREAKS his, he is FORCED to do so...

If u do WELL in your exams, he says it's LUCK;
If he does WELL , it's BRAINS...

If u HURT him, u are CRUEL ;
If he HURTS u, u are too SENSITIVE !!

& sooo hard to please !!!!!

If u send this to guys, they will swear that it's NOT TRUE.......
but if u don't, they say u are SELFISH.....



postponed ~

esok sepatutnye operasi membersihkan rumah . tetapi atok (refer to nenek), aunty, uncle, cousin datang pulak rumah terus terhenti niat baikku nak kemas rumah . sebab dengan kehadiran mereka rumah aku meriah sampai rumah dah boleh jadi funfair . Dengan keadaan terpaksa dan tanpa rela, guwa postpone tugas kebersihan serta keceriaan rumah minggu depan jela .

takde motif !

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




SELAMAT MALAM





<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

again .

FIRST DAY
x
x
x
x
x
x
mistake .
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
again .
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
same mistake .
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
same mistake again .
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
FINALLY
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
YOU'RE FIRED !

............


hope itu bukan penamat kisah keje aku . kalau resign pun ade sebab bermaruah . kalau dipecat aduh malunye . ok perlukan semangat yang jitu untuk terus maju ke depan . go chayok an !!!

Friday, August 19, 2011

biri-biri dan tuan biri-biri

Tadi masa takde keje kat office ofismate aku forward email kat aku




====================================================>>>>>>




Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa
soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap
hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap
hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap
tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg
hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....




====================================================



nasib baik bukan guwa yang interview pakcik tuh . kalau tak memang dah berasap dah telinga dengar jawapan pakcik tuh . guwa rase pakcik memang tak reti guna ayat untuk perbezaan . perlu dihantar ke kelas pemulihan . thanks pakcik sebab buat guwa gelak kat ofis tadi . thx jugak sebab buat guwa bengang sebab gelak over tadi . okbai

Sunday, August 14, 2011

sahur ~

Assalammualaikum and morning to all .

jam sekarang menunjukkan pukul 3.51a.m. al kisahnya bukanlah aku nih nocturnal sangat dari malam tadi tak tidur . i'm not that type of person . walaweh bersahur la kan takkan itu pun nak kasi tawu . kebiasaanye aku lepas sahur terus tidur but today ade semangat nak on lappy terus nak hupdate blog and now i'm here creating new entry . haiiiii ~~~

'Why you had your pre-dawn meal so early ? rileks la imsak pukul 5.30a.m. kannn ??'

i noe this question is playing around in your mind huh ? *please say yesss* if no nevermind . :P

berkaitan bersahur nih aku dekat u jarang yang amat bersahur nih . sejak balik rumah sahur konpem tak tinggal . sebab my mom akan masak . *bertuah badan ade mak macam mak saye ?kau hado ?* dah nak masuk 14 hari dah puasa and mak tak jemu jemu bangun pagi sediakan makanan tuk kitorang . walaupun kenkadang simple punye lauk tapi yang simple tulah yang sedap . anyway tak menjawab lagi soalan diatas ! choiiii !!! . kalau ikutkan niat tadi malam mak soh set alarm pukul 4.00a.m tapi dia sedar pukul 2.00a.m. so kitorang lenjan je . tapi kalau weekday memang sahur area pukul 2 pun sebab kalau bangun pukul 4.00 nanty macam mengantuk yang amat pegi keje nanty . sebab lepas sahur mestih tidur then rase macam kejap je tidur pastuh kena bangun pegi keje . sobs . so kalau bangun pukul 2.00 dapat spend masa di katil lebih lame . *bijak takk?* sememangnye tidur dan aku masih belum boleh dapat dipisahkan . ok nak tidur . Selamat Berpuasa hari yang ke-14 !!! puasa jangan tak puasa ~

Saturday, August 13, 2011

time to change :)

13 hari dah kita mengerjakan ibadah puasa . dan semakin hari diri aku nih semakin dekat kepada Allah . bagi aku puasa kali nih betul betul bawak aku lebih kepada meningkatkan keimanan dalam diri . kalau dulu aku rasa aku nih hanya islam pada luaran je tapi lahiriah nye kenkadang Allah pun aku lupa . tapi sekarang aku rasa family aku pun semua dah berubah kepada kebaikan . bukan nak menunjuk tapi sekadar berkongsi cerita . honestly, puasa tahun nih membuatkan aku lebih tenang dan berbeza dari tahun sebelumnya . thx to Allah for giving me this sense of spirit . hope aku jadi lebih baik pada masa masa akan datang . memang benar ape yang diperkatakan orang ramai . bulan puasa ini adalah bulan yang sesuai untuk kita berubah dari keburukan kepada kebaikan . semoga umat islam yang lain dapat menghargai masa yang singkat ini . apa yang kita buat di dunia ini adalah semuanya "lillahiTaala" *kerana Allah Taala* . bukanlah sekadar hendak mendapat pahala dan masuk syurga . itu adalah pemikiran orang lemah . so tingkatkanlah keimanan dalam diri dan sentiasa ingat kepada Allah kerana Allah lah yang menentukan "syurga atau neraka", "dosa atau pahala" . renung renungkan dan selamat beramal ~ :)

Tuesday, August 9, 2011

tidur ~

sejak puasa nih nafsu tidur tak boleh nak elak . pantang ade masa lapang mesti guwa tidur . even dalam bas sebelum sampai rumah . sadis takk ? lagi sadis kalau rumah dah terlepas . tapi nasib baik setakat nih aku boleh sedar sebelum sampai rumah .

kisah kali nih bukanlah nak cerita kisah tidur aku dalam bas sebab bagi aku takde yang happening pun di bas tuh hanye duduk sensorang kat sofa double seat sambil menunggu greenlight and pakcik bas bawak dengan kelajuan 60km/j . memang terasa seperti didodoi la kan .

ok masih dalam mood bas . back to the story . aku sejak dalam bulan puasa nih rajin bebenar tertidur masa lunchtime . bukanlah jadi larangan pada company aku tapi aku kalau tidur tak sedarkan diri sebab environment dalam opis senyap serta sejuk . kalau bus tuh at least adela terasa hentakan terlanggar bonggol jalan kenkadang tuh terlanggar lubang besar pun ade jugak . tapi dalam ofis lain pesen . bos pulak kalau time time tuh konpem keluar . dia ade port lagi comfort and geng geng dia sume diva oke . opismate aku ade yang sempoi boleh selamber je tidur dekat partition rack for material . means every partition sememangnye ade je makhluk makhluk sedang diulik mimpi indah . aku bukan taknak join dorang tapi aku sebagai budak baru tak baikla tunjuk perangai macam orang orang lama kan . not suit la kan . so aku decide tuk tido dekat meja sniri jela . nasib ade judin ngan zaki temankan . ops . bukan tido sesama means tido kat meja masing masing . yang menjadi masalahnye aku nih betapa nyenyaknye aku tido tak sedar diri pun . bebudak hampes nih just msg ngan call je aku soh bangun . cis korang hengat aku nih alert sangat ke ngan henpon aku ? dah sampai bos masuk pun tak sedar diri jugak . last last kak net jugak yang tolong kejutkan aku . haha . guwa punye gerun tengok bos dah masuk terus guwa pegi toilet cuci muka . siot punye bebudak ! dah 2 kali eksiden nih berlaku dan dua dua kali aku kantoi ngan boss . cis . tapi tadi aku orang pertama bangun sebab kali nih gua pasang alarm kat henpon memang lu orang sorry la nak kenakan guwa lagi . tapi tadi dorang memang nak kenakan guwa pun . dorang nak soh boss yang kejutkan aku ! ASBESTOS MASING MASING !!! grrrr ~~

Monday, August 1, 2011

puasa ~

Assalammualaikum :)

from today onwards, we will face fasting month and for muslim wish you guys "Happy Fasting" . REMINDER ! please don't ever keep missing pre-dawn meal ok ! sunat tuu . and that reminder for me also . tadi pegi tarawih kat surau dekat ngan rumah . first time tarawih di surau tu . pecaye takk ? plish pecaye sebab dulu guwa seorang yang pemalas . sekarang nih baru insaf . ok guwa out dulu . buhbye :)

Tuesday, July 26, 2011

ke, ke dan ke ~~

pertama sekali saya ingin memohon maaf keatas kesulitan yang dihadapi terhadap:

1. kemalasan saya nak chat di fb.
2. kekurangrajinan saya dalam menghupdate blog.
3. kelebihmalasan saya menghapelod gambar di fb mahupun di blog.
4. ke"invisible"lan saye di ym.
5. ketidakwujudan saye di tweeter.
6. ketidaklayanan msg mahupun call di phone .

sebenarnye saye sentiasa ade cuma saye tak sesosial seperti dulu . komitmen lebih kepada diri sendiri, keluarga dan kerja . kalau ade yang terasa i'm sorry .

Monday, July 25, 2011

Alhamdulillah .

Akhirnye perjuangan selama sebulan sudah dapat dikecapi serta diharungi dengan jayanya . Alamak ! ayat palsu betullah . malam ni konpem tido enak gilo . tapi rase macam tak cukup . hehe . tamak tak ? ok fine mate dah ngantuk !

nytes ~

senyap .

Assalammualaikum .

sorry kawan lama sepi tanpa berita . biasalah dah keje sume pun terabai . naseb baik la sempat mandi setiap hari . skunk nih terasa sakit sakit badan sebab sejak 2 menjak nih tido tak bape nak teratur disebabkan puan emak takde dirumah cuti cuti malaysia di sarawak katenyee . so aku kenkadang tidur kat lantai pun jadi . anyway,tadi pegi picnic kat kota lama . tuh yang dabel penat tuh . esok pulak nak keje . adoii . mate nih tak nak lelap pulak . sadis -___- . pegi picnic tuh sume members PSNM . tapi sume tak kenal . sebab sume member abg aku . aisheh . bengang ade jugak . tapi aku datang tak luak pape pun . makanan banyak gilosss . siap buat bbq bagai . dengan masak ketam lagi, ade otak otak, satay, peh memang terbaek la . gambar cheq tak sempat nak hambek tadi . esok esok la guwa hapelod . tuh pun kalau rajen . tapi bab rajen guwa tuh belum sampai lagi la masenye . dah dah guwa rase guwa takleh nak karang panjang panjang sebab esok guwa keje . konpem esok susah bangun pagi punye . ah ! tak sukenye . chow dulu .

p/s: ops sebelum guwa terlupa, next week dah masuk ramadhan dah . sebelum guwa punye kemalasan datang baek guwa wish awal awal . SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA :)

ok bai .

Sunday, July 3, 2011

ngigau

"malam masih muda"

hotak kau ! dah pukul 1a.m dah ! tidoq sane p !

Friday, July 1, 2011

2 weeks already . pftttt ~

macam dah tak terurus dah blog nih ! admin dah busy carik duet . nih sume salah nuffnang taknak bagi BE kan aku dah pokai dok umah . aceceh ! well, seperti sedia maklum aku baru je start keje . makin lama makin esaited keje . even stress pun tapi macam tak rasa deppressed sangat sebab ofis aku macam sarkas dah . asik gelak je . padahal masing masing dah otai dah . aku tahan gelak je kat dalam ofis tuh . tadi masa tengah gelak gelak then ade sorang makcik nih berkias kias : "alamak terlanggar anak kak yan tidur buai . dah budak tuh terbangun" . puas lah aku fikir kak yan bawak baby ke kat ofis nih ? last last dorang gelak gelak baru aku dapat tangkap . cis lucah betul masing masing ! aku yang dulu kira loyar buruk tapi loyar dorang lagi buruk i guess ! cisss ~
department aku pulak kenkadang aircond dia macam peti ais . mak aih . boleh beku dok dalam tuh . setiap setengah jam aku keluar cari haba . adoii . aku try tanye akak tuh tapi akak tuh kate department aku kongsi aircond dengan department lain . ofis lagi satu tuh tak rase ape ape pun even aku dah kaku dok dekat dalam ofis . kalau tinggikan temp satgi adela wakil datang soh turunkan suhu balik . cis ! and one thing lagi aku masih tak dapat meja sendiri, pc sendiri . sedih takk ? nasib baik kerusi ade . at least bolehlah menyelit dekat meja orang even orang tuh kate dalam aty "adoi menyemak betullah budak nih !" tapi aku buat buat tak paham jela kan . keje pun skunk nih masih basic lagi . boleh kata keje yang aku buat skunk pakat pakat kerani je yang buat . ilmu memang cetek lagi . nak tunggu bos ajar busy memanjang je . so buat keje keje key in data baru . tapi aku tak kesah pun . janji gaji jalan sudah . kikiki ~

Tuesday, June 21, 2011

first day di PSNM

pergh harini guwa seharian di PSNM . letih jugak . tapi sebenarnya guwa tak keje lagi sebab tadi just briefing some basic info in that company . so layan jela . masa dalam kelas training tadi cik penceramah kata harini adalah kemasukan worker paling ramai . memang sesak la dalam kelas tuh . 42 orang tapi bilik macam 2kali bilik kat kolej dulu . sempit giloss . naseb baik yang operator kena pegi medical checkup dulu tadi so kitorang yang dah settle jadah tuh terus tunggu kat bilik kuliah kononnye . lambat jugak start tadi disebabkan kitorang kena tunggu budak budak operator settle checkup health dorang . dah belasan kali kot aku menguap tunggu dorang . memang aku pernah pegi clinic kat PSNM tuh . everyday full ! dengan worker sane pun busy skali .

em operator ramai kot indonesian . aku rase macam dok kat indon pulak . bila sume dah sampai terus mula kelas ISO 14001 lah ISO 9001 lah Safety and Health lah QCC lah tapi kena gagahkan diri jugak bukak mata kasi luas kang kena sound baru masuk muka dah selenge kan . esok baru dapat baju uniform . kat situ even kau GM ke engineering ke executive ke operator ke clerk ke memang suma baju sama . so taraf kat situ memang susah nak trace . sampai ade engineer pernah sound boss kat line production sebab boss tuh turun padang join sekaki buat production . hambek kau ! so kat sane tak boleh sombong sangat . satgi kau tersombong kat boss memang blacklist la nama kau ! peringatan tuk aku jugak sebenarnye . tapi bagus gak baju uniform nih . aku tak payah fikir nak pakai baju ape everyday . so orang lain pun tak payah nak eksyen sangat tunjuk baju masing masing . ok dah lewat dah . time to rest, rehatkan minda untuk esok pulak . urgh . nite peeps . till then :)

Assalammualaikum

Monday, June 20, 2011

Happy Father's Day World

Abah, dad, Ayah, Walid, Papa, Babah, Daddy. . . dan segala yang berkaitan dengannya :

Selamat Hari Bapa !!!

hari bapa tanpa ayah :') . but we still love you dad !

rindu mereka :')

terasa rindu dengan gelak hilai tawa kitorang time degree dulu . rasa macam baru je lagi mak ayah aku daftar masuk sem 1 . tapi semuanya dah berakhir . memang betullah orang kata "kenangan semasa di universiti adalah kenangan paling indah sekali . so keep that memory until old ." sememangnya aku rindu sangat dengan teamate, classmate, blockmate dan macam macam mate lagi lah . mungkin dalam amsa sekarang nih dorang akan ingat masing masing sebab major ramai lagi yang tak keje . tapi akan datang ? mungkin memory yang indah tuh akan hlang dari ingatan masing masing sikit demi sedikit . oh god ! selasa nih aku kerja dah . pressure masa kerja mungkin lebih lagi compared my study period . macam takut pulak nak keje . hehe . ok till then . penoff~

Saturday, June 18, 2011

thankies bradeh :)

kelmarin (mean khamis lepas) aku dapat call dari panasonic dan dia cakap aku boleh masuk keje 21st june nih . means ari selasa . betapa leganya perasaan aku weh time tuh weh ! dia cakap nanti datang make sure pakai tudung putih, kasut putih atau hitam, bawak pen, and bawak duit RM25 tuk bukak akaun RHB . so, aku dah buat note kat kalender sebab takut lupe . bukan boleh percaya aku nih . semangat bukan main . tapi yang failed nye aku takde kasut putih mahupun hitam . sebab kat situ aku tengok bebudak kerja dia sempoi je pakai kasut . tak kisah pun pakai kasut ape . ade aku tengok siap boleh pakai crocs lagi . kaler macam macam . so aku ingat nak pakai kasut nike coklat aku je nanti keje . tup tup dia call soh pakai kasut hitam atau putih . what-the ? yang ade skunk crocs putih tapi ade lubang lubang la . then my fut-sis-in-law kate awal awal nih pakai lah kasut bertutup semua . aduhh . mane nak cari ?? "cari kat kedai laaa" jawab abangku . yessssssssss !!! tuh jawapan yang aku suke skali . malam tuh jugak abang aku ajak pegi ioi mall kat bandar putra . terbaik la brader aku ! haha . tapi malang nye takde kasut yang diminati . banyak sneakers je . then tanye size sume takde . hmphhhh . . then abang aku yang baik tuh terus jawab "kita cari esok jela . weekends pun sempat lagi ." haha . memang bertuah badan . so aku tunggu sabtu jela sebab jumaat abang aku keje . taknak la ganggu dia kan .

malangnya jumaat kete dia masa nak pegi keje buat hal ! pehhhhh . memang failed ! bateri weak . so dia decide malas nak pegi keje terus . haha . senangnye hidup kau ! macam kompeni tuh bapak kau yang penye . haha . but it's ok it's orite . pas dah repair kete dia kate "petang nanti cari kasut kau" . tersenyum lebar dibuatnya ^__________________^ . petang tuh jugak pegi u mall (dekat taman u skudai) cari kasut . but demn ! tipu guwa takde kedai kasut pun ! yang ade pakat pakat ladies je . ah ! guwa keje kilang la . nak ladies keje pub la ! haha . ghopenye nak gi karok je . hmphhhh . layan jela . asalkan dapat kasut . lagipun kitorang pegi ngan 2 hekoq kazen aku yang sememangnye sik nak abiskan duet abang aku je . memang sentiasa kalau datang umah aku sentiasa ajak tengok wayang . pehhhhhhhhh . pantang awal bulan gaji lah senang cite . skunk nih dia tengah konon konon baik ngan aku . cas aku nih termakan kebaikan dia kononnye . al-maklumlah bakal keje . aku la mangsa blanje dia pasnih . tapi sorila beb ! guwa nih kedek la . dah admit awal awal ! then pas pegi karok at last pegi al-ikhsan taman u . hehe . godek punye godek at last pat jugak kasut . yeay yeay yeay ! terbaik laaa . kasut putih dah macam budak skola . nasib baik tanda right nike tuh kaler hijau . takpela bedal je ! yang penting free dakkk .



panas dari oven lagi nieyhhh ~~


yezza kasutkuu . muahmuah !!

Thursday, June 16, 2011

*sigh*

terasa diri nih melakukan dosa besar . Ya Allah ampunkan dosaku dan peliharakanlah diriku dari maksiat . semoga semoga hamba mu ini kuat untuk menjalani kehidupan yang mendatang dan akan mendapat hidayah menuju jalan yang benar .

Aminnnnnn ~~~~~~~~~

Wednesday, June 15, 2011

kisah jenin

Alhamdulillah lepas gak aku interview kerja kat PSNM arituh . guwa terasa macam takleh nak gi gak sebab guwa kene compete dengan 10 candidates arituh and sume nye of course la degree holder . ade yang siap bawak thesis lagi . guwa terasa macam terpencil je kat situ . muka sume dah matured macam dah banyak experience kerja . guwa ? harem satu experience pun tado . sobs . but the more excited person who i gonna appreciate is me future-sis-in-law lah sebab dia yang recommended kuat kat situ . nak harap abang aku ? heh ? dia sememangnya jenis malas nak tolong aku . ciscis !!! tapi recomended kuat pun sume benda kena buat sniri . takdenye guwa dapat skip interview . tetap guwa kena pegi interview, speking omputih bagai nak rak, jawab soklan math yang sememangnya stress ! hope guwa tak stress mane kalau dapat keje kat situ . banyak orang aku jumpe kat situ sume kate "keje kat PSNM nih, pressure cket ! kena tahan lah" oh demn !!! guwa nih dah cukup stress masa belajar dulu . takkan la nih guwa kena mengadap stress lagi ? what-the ? guwa hengat keje nak happy happy je . cis ! takpela janji ade gaji kan ? biasalah tuh . keje ape asik nak rilek je ye dakk ? ok guwa dah nampak duet je skunk nih $____$ . dalam otak guwa dah list senarai barang yang nak dibeli . haha . gtg . chow dulu !!!

Sunday, June 12, 2011

AF9 yang sememangnya tak best !

aku nih bukanlah peminat tegar AF nih . yang paling meletup masa masa AF2 ngan AF3 . lepas AF3 aku rase dah tak best . then tambah pulak aku nih dok hostel memang tak pandang langsung perkembangan AF nih . aku nak komen cket la tuk AF9 nih since nih yang terakhir kan . aku rase loser giler ah penerbit AF9 nih sebab sumenye failed ! dari student sampai koreografi tarian hingga music arrangement . waduh ! failed ! failed ! apelah punye program camnih . mentor lagi best kott . pastuh konsert harian buat kat studio1 . memang stage pun kecik . agak agak lah nak save budget pun . nak cut cost pun yang panggil retiss macam macam buat ape buat show every week . sungguh tak best . student tak kreatif langsung ! penari pun upah mane ntah . apelah salahnya student tuh sniri yang buat !

konsert final pun hancus lah ! takde ape yang boleh dibanggakan . memang takde yang aku puji . pastuh juri yang dipanggil si hattan tuh buat ape ? hattan tuh tak sedap langsung suara dia . then fav student komen baik je sentiasa even suara ke laut . ah ! shit ! aku tak suke . ikutkan hati aku nak tukar je channel lain tapi disebabkan family aku nih peminat tegar reality show terpaksalah join sekaki tengok . tapi AF9 memang AF yang paling teruk la . semakin nak abis semakin failed student dia . ala ranking AF pun dah jatuh dah tuh yang dia nak stop reality show tuh . booooooo same mereka . tengok Maharaja Lawak lagi best !!! berkali kali pun tak bosan tengok . hahahahaha ~

Thursday, June 9, 2011

tipu tak boleh tidoqq !!!

Assalammualaikum .

sungguh lame beta tak berkarya . almaklumlah beta busy semenjak dua menjak nih . busy mengemas rumah atenye . yang menjadi keraguan sekarang perut semakin memboyot . adakah tanda pemakanan yang sihat atau pemakanan yang terlebih lebih ? sudah seminggu beta ingin menyimpan impian untuk berdiet tapi apakan daya beta hanya manusia biasa yang akur dengan takdir beta yang nafsu makan sangat tinggi #tetttt . that's why beta semakin buntal seperti ikan buntal .

kemungkinan esok beta akan menghadiri sesi diinterviewee . harap interview itu tidaklah sesusah GIS* mahupun EIA* . beta kalau boleh tak nak speaking speaking nih sebab lidah beta kebas sikit nak speaking omputih . tergeliat lidah kalau nak speaking depan depan orang . formal pulakk tuuu . cheq rase seram sejuk macam jumpe hantu lampor jee . yang naek heran cheq punye interview in 1.45p.m. . cheq taktawu la si HR unit nih terngigau ke hape mase tulis tuh . takpela cheq ngikut arahan jela . sok kalau cheq kena perambat penyapu memang cheq lempaq ayat ayat mantera la kat receptionist dia tuh . aik ? kejap beta kejap cheq ? apenih ? cheq ke beta ? wtv . beta nak sambung mengtry interview diri sniri . buhbye ~

p/s: mendoakan keterimaan beta esok . aminnnn ~


Assalammualaikum ~

*GIS : Geographical Information Sciences
*EIA : Environmental Impact Assessment

Wednesday, June 8, 2011

no post !

good night peeps .



zzz .

Friday, June 3, 2011

cerita penyimbah acid !

gegurl area jaybee and sewaktu dengannye haruslah berwaspada dari sekarang dengan mamat penyimbah acid . looks like he change the place . mangsa terbaru gadis yang tinggal di johor . ok sound scary sebab baru nak mintak keje slow slow . tapi kalau gayonyo cenggini jangan kata aku gadis gadis laen pun boleh trauma laaaa . tadi dengar khabar angin dah 3 mangsa setakat nih kat jb . i dunno either its only rumors or something true . but gurls please beware . guwa pun dah gerun nak keluar cari keje . apedehal la kau nih mamat oiiii !!! . sudah sudahlah tuh buat keje bodoh tuh . peh guwa memang baran betullah ngan dia tuh . ape bajek hang cool la simbah acid tuh . kalau hang berani sangat hang takyah la simbah simbah and then lari ! hang pas simbah tuh hang gaduh gaduh kat depan orangramai . then tengok la hang terkucil ke tak time tuh . budus ! hang kalau dapat tangkap memang mangsa mangsa acid wajib main main campak acid kat muka dia pulak *emo . peh baru puas kan ! sememangnya dunia tidak kejam tapi manusia yang semakin zalim .

Wednesday, June 1, 2011

statement cik adik bawah umur di blog sudah kecoh di tweet . jaga jaga cik salmah !!!

"YEAHH . aku jujor la dgn korang , AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mngaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita adeMARUAH DIRI ! thankyou :)"

ayat diatas bukanlah ayat aku tapi just copycat dari underage girl thatt had admit that she's no virgin anymore . oh dem ! looks like their popularity had been trending in twitter . keep it up girls ! gadis berani mati uolssss ~

Saturday, May 28, 2011

not feeling well ~

badan tak sihat, hidung selsema, tekak sakit, batuk batuk, sakit kepala, mulut ulser . peh ! full package . memang siyes guwa tak sehat tapi tak sehat tak sehat pun aku terpaksa ikut mak aku pegi kenduri kawen . ciss !! not in a mood to do some new entry . later ok ? layan csi kat axn jap . till then . buhbye ~

Thursday, May 26, 2011

Nuffnang ~

bila nak BE saye nak sampai ribu riban macam cik epal tuu . jeles lah i tengok die dapat cheque dari nuffnang . dah macam retisss dah dia skunk . follower die pergh macam gula dalam balang . dah cecah belasan ribu . kawan saye kate nak raise up follower kena rajen join contest . saya bukannya taknak join contest itu ini tapi saye ni pemalu over over taww . cik epal kalau promote saya punye blog nih konfem follower saye up to thousand . hehe . banyak benda lagi yang saye tak tawu dalam dunia blog nih . kenkawan tolonglah ajarrrrr . kite budak baru belajar maaaa . gtg ~ .

peace yawww ~

Wednesday, May 25, 2011

25 may lots of memory :')

25th may . dat day was full of memory for my family in the past . first is my the only one lovely mom's birthday . last monday my fam celeb birthday mak . tapi taklah besar mane . abang just belikan cake SR for emak . how i thankful got mama like her . much love . she's very awesome . semoga emak panjang umur dan murah rezeki . she inspired me more in my life .

pada tarikh yang sama my eldest bro got married in year 2008 i guess . he wearing blue outfit same goes with my sis-in-law . wow how sweet they are . this year is their third anniversary dan harap abang panjang jodoh with kak reen . oh ya ! they already had one baby boy and by this August haikal hakimi will become in ages two . cinonet tuh skunk nih dah semakin nakal . sabar jela nak jaga dia . pakai baju pun susah sekarang nih . memang hanger jela kalau degil sangat . tapi tak pukul pun sebab cayang punye pasal . esok abang nak celeb anniv dia sebab esok je abang dan kak reen cuti since they had to sent kimi for check-up .

kenangan yang paling tak dapat dilupakan ialah tarikh nih adalah tarikh pemergian arwah abah . masuk tahun nih dah dua tahun abah pergi . semoga abah tenang disana :') an sentiasa doakan abah di sana . bulan 10 nanti an konvo . sayang abah ketat :') emak pun bakal buat upah haji untuk abah . last week emak dah pun buat kenduri arwah untuk abah .

i always remember that date . bye Assalammualaikum

Selena Gomez awesomeee !!!

SELENA GOMEZ . first time i noe her when she act as heroin in Princess Protection . she kinda of gorgeous actress ya ! i do like her much much moreee . hengatkan die pelakon rupenye penyanyi jugekss . she has very awesome voice . husky gitewww . memang cair la . full package ok . jejaka haruslah cemburu dengan si bieber itu . ni ade satu lagu dia yang cheq suka bangat .



who says ? who who who ? ya ! cik selena gomez says . have fun . papai :D

sambung belajar ?

WORK only cross on my mind just now . but my course fieldwork not spread much . so tsk tsk T___T . mungkin harus fikir cabang lain . mungkin lebih kepada human resource or engineering . peh ! memang i tak boleh bawak youuu . my sis-in-law ask me to send me cv to bank . ade satu bank vacancies i dun remember mebi hong leong bank required fresh grad to apply . wow ! memang jauh dah tersimpang . memang la fam aku kate amik pengalaman . tapi pengalaman dah sampai ke bank ape kejadahnye . ok aku rase itu dah terlebih dari bidang kuasa aku . my last chance maybe sambung belajar ? takkan selama lamanya aku nak tanam anggur tapi takde hasil ye dakkkk ? it's more better i think . but u mane i have no idea . but i pretty sure UPM not in my list . either i take research for my program or just take taught course . peh justtttt ????? taught course not as easy as abc . but its more fun if i will continuing study with frens-well-known . sounds macam "hekeleh takde member takleh nak blaja la?" wth ? kalau jela . taklah aku nampak noob sangat duduk tepi longkang, cakap ngan dinding takde member . lagi best kalau dapat dok johor peh memang terbaek dari ladang laaaa . tapi dok kl pun best jugak . boleh soping sakan . tapi tempat laen pun best dapat merasa dok tempat orang . jauh perjalanan luas pemandangan . tapi perjalanan masih kabus lagi . tak nampak halatuju . merepek panjang betul ! tata nak lunch kari kepala ikan :)

Tuesday, May 24, 2011

cousin bertunang



sabtu lepas aku menghabiskan sisa cuti di batu pahat . aku kalau takdehal takkan pegi sane punya . memang hal besar jugak la sebab cousin aku tunang . nih baru tunang kalau kawen memang seminggu dah cuti lepak sane potong potong bawang, kikis halia, gunting lada kering macam macam lagila kerja orang orang tua . senang cite kalau orang johor panggil rewang la . disebabkan tunang je so sedara mara jela kena balun rewang nih . aku nih salah sorang yang kena jadi orang dapur . naseb baik la pakcik aku willing masak . bukan willing la . memang die tukang masak orang kawen pun part tyme work dia . so kalau anak sendiri nak tunang takkan nak panggil catering masak memang dua kali sengal la jawabnye . masa tunang cousin aku aku sorang je yang tak pakai baju kurung . tuh kira mogok la tuh tak bawak baju kurung sebab memang tawu aku akan dok dapur je . naseb baek mak aku tak bising . tapi atok aku bising gak la sebab sekor cucu dia nih degil bebenor . tapi ade aku kesah ? ape ade hal bukan aku yang nak bertunang . last last aku tak dapat tengok cousin aku sarung cincin pun . tawu tawu je dah ade cincin kat jari dia . bukan sebab aku dihalang tengok event tuh tapi terkepoh sangat potpet potpet bebual sampai keluarga belah laki datang pun tak perasan . bukan sume la yang join adventure bebual just aku, cousin laki aku ngan makwe dia je . dah dok bilik hujung nu ++ tingkat atas pulak memang telinga kitorang terus jadi kedap bunyi tuk sore sore diluar . tunggu jugak bila la family lelaki nak sampai . cis keluar bilik tengok dah siap baca doa dah pun . hampagas ! cousin aku yang tugas dia amik gambar pun siap kena bebel sepikul sebab baru wujud part part last . haha . memang perosak majlis betullah ! ok kite berphotoshott yokkk !!!


actress tuk harituh .

cik barang hantaran (dari gegurl ke beboy) .

cik barang hantaran jugak (dari beboy ke gegurl) .

ni lah minah cousin aku . sebab dia kitorang terlepas majlis tunang tuh .

name pun dah remaja . keluar malam itu harus . (cam tak berapa nak mesra)

dataran lepak lepak malam minggu (ramai gilos orang) .

ngeteh . bukan ngeteh je . ngotitelur ngecapati ngotitisu .

balik balik sume dah terbongkang macam kapal selam terlanggar ais di kutub utara . huhuh . kbai mahu titon . zzz ~

Assalammualaikum :)










aku bukanlah pembaca yang setia

kalau bab membaca nih bukanlah aku orang nya . kalau setakat yang buku buku ilmiah nih memang liat sikit aku nak bukak . lagi lah kalau buku tuh dalam bahasa kuno english memang guwa takkan sentuh buku tuh . agak agak tengok tajuk je google translate pun kuar bahas indon memang guwa terus tak pandang . tapi kalau komik guwa memangfavvy gile ah . tapi bukan sume laa . sebab ade komik yang macam bace first page je dah bosan . aku terus tekup komik kat muka and zzzzz . . . tapi kalau komik conan memang aku baca sampai habes la . sampai ke kulit belakang pun aku habiskan . tapi aku bukan jenis yang suke melabur duit beli komik sampai aku bankrup . haha . baek aku habiskan duet pegi soping baju . memang guwa naif la pasal buku nih . yang rajin beli komik abang aku je . kalau dok bilik dia memang komik satu almari ade kot . dok umah akak aku memang sampai satu bilik dia pun cecah segala majalah . ya ampun . aku naek heran ngan dorang nih . ape ke hal nya beli majalah tuh sume . nanti dah expired takde maknenye korang nak bace lagi bende alah tuh . tuh pasal aku tak beli . membazir sajorh !!! yang benda paling aku tak suke NOVEL . peh memang aku takkan bace la kejadah tuh . page sampai beriban pun hado . aku pernah la nak pupuk minat bace novel tuh . novel first aku bace CINTA PERTAMA . betul ke ? ntah tak hengat la . tapi camtuh la bunyinye . aku dengar dari akak aku la kate cite tuh best . tuh yang aku pinjam cousin aku nak bace punye pasal . chet ! awal awal je semangat kemain . satgi dah sampai page puluh puluh terus kimsalam aku nak bace . tuh pun aku habiskan masa setahun kot nak abiskan sampai page puluh puluh tuh . cousin aku dah bising pot pet pot pet dah soh pulangkan . haha . at last aku pulangkan jugak dengan tak sampai sekerat pun aku bace novel tuh . tuh jela novel yang aku penah bace . yang aku heran nya ade jugak makhluk yang boleh bace novel tuh dalam masa dua hari . peh korang nih memang tak buat keje laen ke ? boleh buta mata pecah otak aku kalau seharian ngadap buku je . aku sememangnya bukanlah bookaholic sangat . kalau ade adek badek aku yang beli paper memang aku takkan bace keseluruhan la . aku bace part part yang aku minat je . tuh yang kalau orang tanye aku ape news arini konpem aku garuk kepala . naseb baik la ade berita tv . tuh je harapan yang ade tuk aku tawu berita terkini . simpati takk ???

kerja =="

Assalammualaikum . aku nak kerja dalam masa terdekat nih . sebab buhsan dah dok umah . mak pun mungkin dah cukup nyampah tengok muka aku . kepala pun dah serabut . la nih saket kepala sebab asik baring je . perut pun dah makin kedepan . pipi pun dah semakin memboolat . masakan mak sedap sangat mungkin . dok umah every meal konpem 2 pinggan nasi aku bedal ! adoii . pelahap betul . tapi yang paling menyedihkan wallet dah kempis sangat dah ! tapi 2 3 hari nih macam best cket laa . ape sebab ? sebab bradeh bradeh aku dah gaji ! yaayyyy !!! mereka kalau dah gaji memang murah hati sikit . memang aku pun tersangat la suke . tapi blanje duet abang abang tak semacam blanje duet sniri la kan ? kepuasan lebih bile dapat duet sniri blanje mak pak nak beli ape beli la . walaupun setakat hari nih aku tak pernah kerja bergaji tapi aku dapat rasakan feeling itu . uwaaaaa ~~~ . bila lah mereka mereka nih nak panggil interview nih ? adoii . kalau tengok resume aku experience keje memang telor hayam ! tak hado . ado pun mase practical training la . tuh pun setakat 2 bulan . lagila government memang experience tak banyak . rase macam tak layak je aku nak apply mane mane pun . duh ! sedih lagi T____T . arituh pegi interview kilang panasonic position planner tapi hampes no reply back . dem ! takdir kerja tak datang lagii . mungkin kalau kerja tak lekat aku sambung master jela . abis cite . mungkin takdir aku adalah seorang lecturer ? mungkin la kan . hangpa jangan nak kecoh bagai . aku just kate MUNGKIN je . mase sekolah dulu kalau dekat kad kuning yang cikgu bagi kan ade 3 option occupation kan . first place aku letak lecturer . aku main hambat je letak sebab tak tawu keje camne kan . mase sekolah dulu macam fikir lecturer la keje paling gaji besar sebab blajar tinggi tinggi kan . tapi nak sampai ke yang tinggi tinggi tuh mak aih baru skunk aku rase . kalau doa teman sekeliling + mak pak + family untuk aku sambung blaja mungkin aku akan hadapinya walaupun perit . waduh ~ mata pun dah kecik dah menandakan ngantuk sudah datang . till then . kbai !

Wednesday, May 18, 2011

task 1: homie-clean-up

kalau dah balik rumah mak aku memang sangat amat terlalu gembira nian sebab tugas mengemas rumah dah pass kat aku . urgh kemas rumah bukanlah sesuatu kerja yang senang main cakap pakai mulut je terus done sume . hengat kaya ke nak upah maid bersihkan satu rumah . orang kata dah ade anak dara dok umah haruslah bersih cantik je rumah tuu . so aku sebagai anak dara yang sopan santun semestinya menunaikan tanggungjawab tersebut . perghhh ayat !!! haha ~

well, memang rumah aku tak besar mane tapi nak bersihkan satu rumah masyaAllah memang satu hari makan masa . habuk sane sini . bila aku tanye puan emak bila last kemas umah nih ? mak aku dengan selambe jawab "raya cine arituh" . pergh panas je telinga dengar sebab masa raye cina arituh pun aku yang tukang kemasnye jugak = =" .

starting point bilik aku yang sekarang nih dah bertukar milik iaitu abang aku . sejak aku belajar 1 tahun matrik + 3 tahun u nih memang bilik tuh aku jarang masuk sobs . tadi aku kemas haduh mengeluh panjang gak la sebab habuk penuh bawah katil . hadoi environment yang tak sehat betul abang aku nih . naseb baik kau bukan smoker abang . kalau tak memang bawah katil penuh puntung rokok ! disebabkan abang aku takde kat umah tadi sebab pegi keje so aku tak dapat la nak bebel panjang kat die . bebel kat dalam lubuk hati jelaa . belum kira atas gerobok kan yang sememang nya kalau orang masuk takkan pandang atas memang dah jadi macam stor dah jadinya . mana taknye asal ade barang yang jarang guna konpem port baik atas gerobok tuu . mane tak bersarang + bersawang . duh ! saket saket . memang saje bagi task kat aku sebagai denda sebab tinggal umah lame kan . ok fine . blablabla . aku sorang je bersihkan memang amik masa lama la tuk satu bilik . tuh baru bilik abang belum bilik mak + hall + garage . memang saket pinggang bau masam apetah lagi .

apepun tahap kebersihan memang cemerlang la takde orang boleh kalahkan aku . mak aku pun puji tak tawula sebab mudahkan kerja dia o puji amik ati je . neway aku tetap kembang punggung la kan mak dah puji . skunk badan pun dah penat otak pun dah jem kaki pun dah lenguh tangan pun dah kejang masa untuk tidur la namanya . ok kita mimpi indah jomm !! zzzzzzzzz ~~

Tuesday, May 17, 2011

tidur zzz ~

long journey for today . urgh ! very tired even just being as passenger but still penat kott . sebab kerusi die bukanlah seempuk katil di rumah . 3 jam dok dalam bus dari KL ke kulai pergh memang kematu pinggang guwa . tapi Alhamdulilah selamat jugak sampai . sampai rumah mak masak ikan bako . pergh memang terbaek wokk !!! feveret feveret . ntah lupa pulak sempat ke tak bace doa mase lunch tadi . kenyang means dah bace la kan kan kan ? minggu nih busy cket dengan kenduri arwah abahku dan majlis tunang sepupuku . so sebagai orang penting *acececeh* guwa kena rush cket . dengan nak hantar resume kat company yang kak ipaq aku suggest soh keje ok aku hantar je dapat tak wa'allahualam *betulka eja?* mata pun dah ngantuk . jom tidur sebelum hari esok . nyte and have good tomorrow . Assalammualaikum ~

Saturday, May 7, 2011

i'm in love !

peh peh arini tak tawu nape tetibe rase macam dalam mood angau . erk ? memang rase laen macam je arini sebab tetibe berdebar tengok si dia . ouh inikah dinamakan cinta ? sobs nak nanges tak leh belajar ingat dia . tidur pun ingat dia . makan pun ingat dia . nih dah dalam paras bahaya betul nih ! harus berdiskusi dengan puan emak suruh melamar si dia . erk ? melampau ! kenapa dengan cik Siti Norehan nih ? nih kalau puan emak tawu confirm confirm kena pancung kepala ! hehe . mungkin umur dah lanjut rasa macam harus cari calon kan ? hehe . mana mana gegurl akan cair bila dia bukak mulut *pengsan* flawless gila muka dia kott *pengsan* parah parah !!! even kita jauh tapi harap you boleh dengar suara hati i T___T .




"......................."





dah dengar kan ? *malu* sempat ambik gambar awak tadi curi curi . sori sebab suka awak dalam diam .
























Kim Hyun Joong . love youu !!!

ah kacaknyeeee !!! *pengsan*

melting ~

ok skunk dah malu sebab syok sendiri . bye .

Thursday, April 28, 2011

ziqah really unpredict !!

Assalammualaikum . hello everybody . tetibe malam nih mata tak boleh lelap i-dunno-why . tapi arinih letih sangat . semalam cik ziqah kata nak jumpa project supervisor bcuz wanna give some gift as appreciate her kind for helping them . ziqah pergi dengan segerombolan budak budak yang under tengku la . so, tak mau la kacau ganggu si makcik tuh . lagipun memang dah plan nak bangun lewat . ngehehehehe . satgi kul 10.30 pagi boleh pulak die ketuk pintu bilik aku . tersedar jugak la tyme tuh . bengang punye pasal masih terbongkang atas katil tetibe makcik tuh datang dah pakai cantik cantik .

(a=aku, z=ziqah)

a: "aik ? kata nak pergi jumpe tengku ? masuk lah"
z: "tengku busy arinih so dia soh jumpe esok la"
a: "abis kau dah siap lawo lawo nih nak pegi mane ?"
z: "nak pergi jumpe tengku la tadi . satgi call dia kata dia busy . aku pun tak tahu nak pegi mane ."
(sambil muka tersenyum senyum . tangan telunjuk seret kat meja . dah paham benar la tuh)
a: "em, nak pegi mane pulak ?"
z: "ntah tak tahu la . nak keluar ke nak masak ?" (ayat pancing tak boleh blah)
a: "haha . kau nak keluar pegi mana ?"
z: "jom pegi jalan tar . beli baju raya ."

terkedu kejap . mak aih . awal gile . aku tak terpikir langsung nak beli baju raye . yelah sebab every year pun puan emak yang belikan . bersyukur pulak tetiba ade emak macam puan emak .

a: "erk ? em yela . keluar la ."
z: "hehe" (sambil senyum tersangat amat nian lebarnye"
a: "tunggu aku mandi jap ah"
z: "ok"

so aku pun bukak locker cari baju . macam orang mamai tetibe bangun bangun cari baju kan . memang tak waras jadinya . gosok baju+shawl then terus capai toiletries pegi toilet . masuk bilik balik si minah tuh hilang dah . tengok atas meja ade p/s:

"AN AKU BLK BLEK JAP AMIK BRG AKU TUNGGU KAT BWH TAW NNTI"

tawu kau aku memang bab bab siap on-the-spot nih nauzubillah lambatnye . nasib kau lah sape soh surprise surprise kan . haha . so agak satu jam la die tunggu kat bawah tu . then decide makan dulu sebab dah nak lunch time kan . blablabla . . .

sampai bank negara dah masuk zuhur so solat dulu kat sogo biar tenang cket nak jenjalan nanti . urgh punyelah jauh perjalanan nye hadoi lagi penat dari naik broga rituh . sampai melecet kaki . naseb baek la pakai crocs je kalau pakai heels mawu aku jalan kaki ayam je . jalan punye jauh at last masuk kedai yang awal awal tadi . huh ! makcik nih kalau beli barang ngan die memang kena sabar jela kan . naseb baek dengar pendapat aku . haha . kebiasaannye pendapat aku ngan pendapat die tersangat la berbeza . rare ! tetapi dia terpaksa akur la sebab orang kedai pun setuju ngan aku . hahahah .

aku tak beli barang langsung sebab memang takde yang berkenan kat hati nih . nak beli shawl pun dah tak tawu nak beli yang mane satu sebab orang yang jual kat jalan tar tuh macam peminat aku je . jalan cket je soh masuk kedai, jalan cket je soh tengok tengok baju, jalan cket je nak blanje makan . ok yang last tuh tipu . so memang balik tangan kosong lah . aku pun tak caye aku tak beli barang . nafsu shopping dah insaf kott . tak pasti itu . yang penting makcik tuh beli kain tuk raye . takdela aku ralat sangat pegi ikut die ngan kaki melecet tuh .

balik naik komuter si makcik nih dah tanye pasal makanan kitorang kat bilik dia tuh

z: "an, beras kat bilik tuh camne ?"
a: "hah ? em ntah"
z: "sok kita masak nak ?"

aku hengat aku pilih keluar masa pagi tadi nak skip masak . satgi kuar pulak bab masak nih . hadoi betollah makcik nih !

a: "takyah masak la . beli lauk masak nasi je"
z: "ikan masin kau tuh ?"
a: "yela malam nih kite masak la"
z: "ok"

haish makcik nih alert betullah . so malam tadi memasak la . ala masak nasi goreng je . haha . nak habeskan beras punye pasal . rupenye stok makanan banyak gilos . dengan perencah sambal lagi, dengan telur asin, dengan sardin, dengan telur, dengan cili boh . huiyooo . ok memang perlu habiskan sebelum paper last . so aku decide esok masak la sardin . sobs kena masak jugak buat si minah nih . hadoii . tetibe cik ziqah keluar telur nak buat perencah tuk nasi goreng . aku tengok telur ade cik ulat tengah mengulat . wow ! penternak yang berjaya .

a: "makcik ! telur nih ade ulat laaa "
z: "hah ? kau biar betul ?"

tak pakai glasses punye pasal terpaksa la dekat cket mata ngan telur dalam plastik tu

z: "eeeeeeeeee . . . habis selama nih aku goreng telur . . . "
a: "haha . selamat dah ulat tuh dalam perut kau !"
z: "erk ? dah lah arituh aku masak telur dalam gelap kan . eeeee . . . balik nih kena makan ubat cacing la !"
a: "ala kau selamat lagi kan ? takde effect laaa tuh "

aku hanya mampu gelak je . budak nih selamba je . so tadi kitorang proses mebersihkan stok kitorang . banyak dah benda yang rosak . aku geleng kepala tengok minah nih . hadoii . ade satu bekas tuh die masukkan belacan, asam jawa, halia, perencah pasti sedap dalam tuh . tadi aku tengok dah siap berbulu bulu dah benda tuh . ngucap panjang jugak la kan . die kate die dah pernah bukak bekas tuh bau die masyaAllah . masa nak buang tadi memang kena tahan nafas . bau die dua kali masyaAllah sampai nak muntah . peh tuh kalau simbah kat ika tyme birthday die arituh confirm 7 hari 7 malam tak hilang bau die tuh . yang telur tuh rupenye ade satu biji yang pecah . hish budak nih memang tak senonoh betul .

memang betul punye kenangan before abis nih .

p/s: sok sesi memasak . kalau menjadi masuk entry baru sok . kalau tak memang gambar pinggan kosong la . haha . padahal masak sardin je pun . ok chaw ~

Tuesday, April 26, 2011

perangai pakcik dan makcikku ~

dah penat dah aku nih tahan telinga dengar dorang nih berbangga dengan anak masing masing . aku nih bukanlah jealous atau whut so ever tapi mereka nih macam nak kata mak ayah aku tak mampu nak belikan sume benda untuk anak anak die . hey hey ! what the hell ? mak ayah aku bukan tak nak belikan macam macam . tapi dia taknak terlalu manjakan anak anak dengan all those thing . baik simpan duit tuh tuk emergency and future right ? tapi dorang nih bengap sikit ! dari aku kecik sampai sekarang memang suka nak banding-bandingkan aku ngan cousin aku yang laen . macam takde keje nak buat . meluat gila kalau tyme tyme dorang membongkak tuh . rasa macam nak soh balik je . kalau chat macam nak logout je . anak anak dorang cool je . tapi adela macam certain cousin aku yang menunjuk jugak macam makpak dorang . maybe keturunan kot ? cian mak aku dia takut aku jelous dengan dorang sebab dapat macam macam . haha . takde secubit rasa jelous pun dalam hati aku nih . sebab bagi aku kalau sume barang barang tuh kalau anak anak dia yang beli sendiri tuh baru aku bangga . setakat makpak yang belikan hayo hayoo tak payah menunjuk la . aku tak pandang ponn !!

"semalam birthday lola (bukan name sebenar) . cik kepoh (bukan name sebenar) belikan wallet coach original . tempah kat kawan cik kepoh yang pramugari beli kat US . cik kepoh beli beg GUCCI original jugak sekali . didi (bukan nama sebenar) cik kepoh belikan handphone ngan laptop sebab dia dah habis SPM . qiqi (bukan nama sebenar jugak!) cik kepoh belikan handphone baru ."

Cik kepoh nih sememangnye sangat kepoh . serius haku cakap. macam gampang kalau bercakap tuh taknak kalah. memang badan dia besaq la tuh yang cakap pun besar jugak . kalau pasal anak memang angkat dagu cket la bangganya . dia pun nak tumpang bangga jugak . bagus tuh bagus sebab peramah tapi peramah tak kira tempat . yang tak boleh blah siap mention "original" tuh . hola hola . yela i percaya la . dia belikan pon pakai duit hubby dia . FYI, cik kepoh tak keje ponn.
"cikgu qiqi target qiqi dapat straight A cuz trial SPM die arituh banyak A . "


Nih ayat hubby cik kepoh . same je laki bini . dengar tuh macam konpem dapat straight A je . keluar result SPM senyap nak mampos . sebab result yang tak keruan . masa aku SPM tak macam berdering dering fon bunyik macam operator dah .

"an tak pegi tuition ke ? mimi tuition macam macam tempat . cikgu die target straight A nih."

Nih pon lagi sekor pakcik aku yang memang bangga tahap gaban anak dia . memang aku tak pegi tuition pun sebab aku yang taknak . dah banyak tuition dekat sekolah . aku lagi prefer tuition sekolah sebab memang cikgu sekolah aku yang ngajar . berbanding tuition luar bukan semua benda dia tahu pun . ntah ntah bukan cikgu just expertise tuk subject tertentu . hadoi aku bukan tak pernah tuition luar pun . mase PMR and UPSR dah pernah dah pegi tuition luar tapi macam tak belajar hape je . tapi result SPM aku setakat nih tade sape boleh kalahkan lagi la . bangga sikit la tapi aku tak tunjuk la bangga aku kat dorang sebab takut dorang nangis pulak dengar . HAHAHA ~

"qiqi skunk kerja sambilan kat tuition center mengajar english."

Ini pun nak kasi tawu . memang aku rasa malas je nak cakap ngan dia

"an tak ambik lesen kereta lagi ke ? qiqi dah ade lesen dah . cik husband nak belikan dia keta nanti kalau dah boleh bawak keta . sekarang nih pun qiqi dah bawak kereta sampai JB"

Ayat memang gelabah nak mampos . aku tak heran mana la makcik woi . ye memang takde lesen lagi . kau nak belanja ke ? haremmm .

Cik poyo dah belikan mimi keta . mimi dah bawak sampai KL da . laju betul mimi bawak . KL-Johor 3 jam++ je .”

Mereka berdua nih memang suka bandingkan aku ngan anak dorang sebab umur kitorang tak jarak mana . yang mimi tuh seumur ngan aku . disebabkan belikan anak keta dia pegi keje pon naik motor . what theee . . . ? tulah orang kate biar papa asal bergaya . aku heran tul dorang nih . anak bawak keta laju pun bangga . satgi masuk kubur memang bangga jugak .

"qiqi abis praktikal 30hb nih . dia buat short sem 6 week time cuti sem nih . belum masuk sem baru dah kena lantik jadi pengerusi PRS . lecturer dia call dia sendiri . "

Hahah . aku takde tanye pun pasal nih tetibe cik kepoh dah declare dah . hadoii ! sorry la aku tak bangga pun anak kau pegang jawatan macam macam kat poli tuh sebab aku pernah dah berjawatan nih . tak kemana pun . laen la kalau kau organize satu event memang orang pandang . tapi aku tak kasi tawu pun aku nih ade jawatan u nih . biarlah dia berbangga sensorang . aku nih tahan gelak je bila dorang berchegita pasal anak dorang .

Conclusion ? makcik ngan pakcik aku akan sentiasa tak nak kalah ngan aku . memang dah perangai dorang . aku senyap jela depan dorang mengiyakan tapi belakang kutuk kaw kaw ngan abang akak ngan mak aku .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...